SHAH ALAM – Tindakan Perwakilan Negeri Sembilan, Dr S.Streram yang menggunakan pentas perbahasan Kongres Nasional PKR untuk mengangkat nama Rafizi Ramli nampaknya mengundang respon ahli parti itu.
Memuji-muji nama Rafizi yang disifatkannya sebagai individu dalam PKR yang mempercayai kemampuannya sebelum ini untuk bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau menyebabkan Streram diboo oleh ahli di PKR yang hadir dalam dewan di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) hari ini.
“Saya nak cakap tentang Rafizi Ramli, beliau yang memberi saya peluang. Semasa saya dipilih jadi calon sebelum ini, dia kata saya boleh,” katanya.
Mahu menyambung panjang lebar, namun terdengar suara yang mengejek-ejeknya.
Dalam pada itu, Streram bersedia jika diberi peluang oleh kepimpinan PKR untuk sekali lagi bertanding di DUN Rantau pada Pilihan Raya Kecil (PRK).
“Saya berjanji kita akan menang DUN Rantau dan akan tambah satu kerusi lagi di Negeri Sembilan,” tambahnya.
Semalam, bekas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mendesak agar kepimpinan parti mengetengahkan calon wanita untuk dipertandingkan di DUN Rantau.
Bagaimanapun Streram dilaporkan menyifatkan cadangan itu sebagai tindakan gila kerana tetap mahu bertanding sekali lagi.
Manakala Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Rafizi Ramli layak untuk bertanding di kerusi DUN tersebut. -MalaysiaGazette