Home Sukan KL Major: peminat teruja saksi idola beraksi depan mata

KL Major: peminat teruja saksi idola beraksi depan mata

KUALA LUMPUR – Peminat e-sukan tempatan teruja menyaksikan idola mereka dalam permainan Dota 2 yang selama ini hanya dapat diikuti di platform alam maya kini beraksi di hadapan mata pada pertandingan The Kuala Lumpur Major 2018 yang berlangsung di Axiata Arena, Bandar Sukan Bukit Jalil.

The KL Major merupakan pertandingan e-sukan antarabangsa yang julung kali dianjurkan di Malaysia berlangsung selama tiga hari bermula semalam, menawarkan hadiah wang tunai berjumlah US$1 juta (RM4.1 juta) menghimpunkan seramai 16 pasukan terbaik seluruh dunia.

Menurut Ahmad Ashman Darus, 22, pelajar jurusan kewangan di salah sebuah universiti awam di Lembah Klang berkata beliau sanggup mengeluarkan duit simpanannya untuk membeli tiket dan datang menyaksikan pertandingan berkenaan kerana ingin melihat sendiri jaguh-jaguh permainan Dota 2 dari luar negara.- BERNAMA