Home Utama “Saya cool” kata Azmin

“Saya cool” kata Azmin

Mohamed Azmin Ali

SHAH ALAM – Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara konsisten mendakwa dirinya tenang berbanding orang lain ketika menghadapi proses pemilihan parti.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, sikapnya itu seiring dengan pesanan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepadanya meskipun pertandingan dua penjuru di antaranya dengan  Rafizi Ramli sengit, ditambah lagi dengan pelbagai kontroversi tercetus ketika pemilihan berlangsung.

“Tidak ada masalah, saya cool tenang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pesan pada saya untuk tenang. Saya ada pengalaman lebih satu dekad dulu, saya menawarkan khidmat sebagai Timbalan Presiden. 

“Kalaulah saudara- saudara pegang adat resam yang tenang dan cool, kan selamat dunia ni,” katanya yang berseloroh.

Azmin kemudian sekali lagi berseloroh apabila menyifatkan  Rafizi bukan mahu melawannya, sebaliknya mahu menawar khidmat untuk jawatan Timbalan Presiden.

Namun, Azmin tetap menegaskan bahawa beliau lebih layak untuk meneruskan tugas itu kerana pengalaman yang dimilikinya.

“Saya ada di sini bukan percuma dari dulu saya kena lawan, mula-mula Zaid Ibrahim lawan saya, lepas itu Khalid Ibrahim lawan saya, lepas itu, Rafizi Ramli tak lawan saya , dia menawarkan khidmat kepada parti.

“Saya ada pengalaman lebih satu dekad dulu, saya menawarkan khidmat sebagai Timbalan Presiden,” ujarnya.   

Azmin dalam pada itu berkata akan tetap mempertahankan jawatan itu pada pemilihan yang akan datang.

“Hari ini Rafizi menawarkan khidmat, penggal depan saya tidak tahu lagi,  saya dengar Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin… langkah mayat aku dulu!,”  ujarnya. -MalaysiaGazette