KUALA LUMPUR – Gempa bumi kuat dengan 6.3 skala Ritchter berlaku di Kepulauan Fiji pada 4.25 pagi hari ini.
Jabatan Meteorologi berkata, pusat gempa yang terletak di 17.9 darjah selatan dan 178.9 darjah barat dengan kedalaman 547 kilometer berlaku di 279 kilometer timur Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – MalaysiaGazette