Home Ekonomi Harga minyak naik tapi masih lemah

Harga minyak naik tapi masih lemah

SINGAPURA – Harga minyak naik dalam dagangan hari ini selepas para pedagang menjangkakan Arab Saudi akan mengurangkan bekalan sehingga akhir tahun ini.

Meskipun begitu, sentimen kekal lemah disebabkan tanda-tanda penurunan permintaan ekoran pertikaian perdagangan antara dua ekonomi besar – Amerika Syarikat dan China.

Niaga hadapan Brent didagangkan sebanyak AS$67.29 setong naik AS$0.53 daripada harga penutup. West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$57.07, meningkat AS$0.61.

“Radar menaik sedang menunggu OPEC untuk mengurangkan pengeluaran,” kata broker dari Oanda Singapura, Stephen Innes.

OPEC yang diketuai oleh Arab Saudi sedang meminta pengeluar-pengeluar lain untuk mengurangkan bekalan antara 1 juta hingga 1.4 juta tong sehari bagi menyelaras penurunan permintaan dan mengelakkan lebihan bekalan. – MalaysiaGazette