Home Utama Teriakan ‘Menteri rasis, penipu’ buat Waytha Moorthy terduduk

Teriakan ‘Menteri rasis, penipu’ buat Waytha Moorthy terduduk

Aksi beberapa Ahli Parlimen semasa P. Waytha Moorthy bangun untuk menjawab soalan di Parlimen hari ini.

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy diminta tidak berbahas atau berbincang isu berkaitan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) kerana beliau disifatkan tidak layak untuk bercakap mengenai perkara itu.

Sebaliknya beliau diminta duduk dan membiarkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap tentang isu tersebut.

Malah untuk seketika, Dewan Rakyat bergegar apabila teriakan hampir rata-rata wakil rakyat menjerit ‘Menteri Rasis’ apabila Waytha cuba bercakap atau menjelaskan perkara berkaitan raktifikasi ICERD.

“Menteri rasis, penipu jangan cakap. Sila duduk. Tidak layak terajui portfolio Perpaduan apabila anda sangat rasis,” tegas mereka.

Akhirnya Waytha mengalah dan Speaker tidak dapat mengawal keadaan.

Waytha terduduk dan tidak dapat menyambung jawapannya mengenai orang Asli. – MalaysiaGazette