PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Razak berada hampir empat jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai memberi keterangan berhubung projek pemasangan panel solar di sekolah-sekolah di Sarawak.
Bekas Perdana Menteri itu meninggalkan bangunan SPRM pada pukul 1.15 petang tadi dengan menaiki kereta Proton Perdana Hitam.
Kereta bernombor pendaftaran TN50 itu adalah kenderaan yang kelihatan masuk ke bangunan SPRM pada pukul 9.23 pagi.
Sumber SPRM ketika dihubungi MalaysiaGazette mengesahkan mengenai kehadiran NajibĀ serta memaklumkan bahawa kenderaan TN50 milik Najib telah meninggalkan premis tersebut.
Bagaimanapun sumber itu tidak dapat mengesahkan sebab kehadiran Najib seperti dilaporkan media tempatan semalam.
Media-media melaporkan Najib hadir ke SPRM hari ini bagi menyambung memberi keterangan berhubung projek solar.
Kali pertama Najib memberi keterangan tentang isu sama pada 8 November lalu. – MalaysiaGazette