KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 470 penghuni Rumah Panjang Uma Bakung, Sungai Asap di sini Bintulu, tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Mohd Meramit berkata, setakat ini tiada kecederaan dilaporkan dalam kebakaran itu dan punca kejadian masih disiasat.
Sementara itu Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata, berdasarkan maklumat diterima dari polis Sungai Asap, kebakaran dipercayai berlaku pada 10.45 pagi dengan usaha pemadaman api dilakukan dahulu oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
Menurutnya pasukan bomba bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan pada kira-kira pukul 11.02 pagi.
Untuk rekod, perjalanan darat dari bandar Bintulu ke lokasi kejadian mengambil masa sekitar lebih dua jam, dan cabaran utama penduduk di sana ialah masalah telekomunikasi. – MalaysiaGazette
Posted by Francis How Hua Ngu on Ahad, 18 November 2018