Home Nasional Pensampelan hanya untuk pembeli bukan Islam, kata Carlsberg

Pensampelan hanya untuk pembeli bukan Islam, kata Carlsberg

Lars Lehmann

KUALA LUMPUR – Carlsberg Malaysia yang kecewa dengan insiden di sebuah pasar raya membabitkan jurujual produk mereka hari ini tampil mempertahankan wanita itu.

Pengarah Urusan Carlsberg, Lars Lehmann mendakwa, jurujualĀ  tersebut telah melakukan tugasnya selari dengan semua peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

Malah, beliau menekankan bahawa aktiviti persampelan yang dilakukan oleh jurujual terbabit khusus untuk pembeli bukan Islam mengikut umur yang dibenarkan sahaja.

“Walaupun kami mempunyai hak untuk berbuat demikian, keutamaan kami adalah keselamatan pekerja.

“Kami juga menghormati keputusan jurujual itu untuk tidak memanjangkan isu ini,” katanya dalam kenyataan di sini sambil memberitahu syarikat itu berbangga kerana jurujual berkenaan masih boleh mengendalikan situasi tersebut meskipun sudah dimalukan dengan cara yang tidak boleh diterima.

Lehmann menambah, jurujual itu menghargai sokongan dan kata-kata semangat yang diberikan oleh semua pihak dan meminta supaya berhenti menularkan imejnya serta video kejadian tempoh hari.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas penularan rakaman video berdurasi 46 saat yang menunjukkan juru jual berkenaan sedang menjalankan aktiviti persampelan di sebuah seksyen tidak halal di sebuah pasar raya.

Seorang lelaki kemudian mendekati wanita yang sedang mengedarkan perasa minuman keras di pasar raya berkenaan dan mempertikaikan perbuatan promoter itu yang didakwa memberikan minuman itu kepada semua pelanggan.gan.

Bagaimanapun, wanita itu menafikan dakwaan tersebut.

Lelaki itu kemudian mendesak jurujual terbabit menggunakan bahasa Melayu tetapi tidak dilayan oleh jurujual berkenaan, menyebabkan individu itu menunjukkan isyarat lucah.

Kes berkenaan sedang disiasat oleh polis.

Tetapi, individu itu memohon maaf melalui video malam tadi. – MalaysiaGazette