Home Ekonomi Bursa dibuka rendah

Bursa dibuka rendah

Bursa Malaysia dibuka dengan kecenderungan negatif hari ini, berikutan harga minyak sawit mentah (MSM) dan harga minyak mentah yang rendah terus mempengaruhi sentimen pasaran.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR –  Bursa Malaysia dibuka lebih rendah hari ini disebabkan kekurangan minat belian selain menjejaki prestasi semalaman yang bercampur-campur di Wall Street.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.27 mata kepada 1,693.10 berbanding 1,695.37 penutup Rabu.

Ia dibuka 0.78 mata lebih rendah pada 1,694.59.

Kaunter naik mengatasi turun sebanyak 80 berbanding 79 dengan 124 tidak berubah manakala 1,624 tidak didagangkan dan 31 yang lain digantung.

Sejumlah 82.35 juta saham bertukar tangan bernilai RM36.48 juta. – MalaysiaGazette