Home Utama PDRM akan ambil keterangan Zahid, Waytha

PDRM akan ambil keterangan Zahid, Waytha

Ahmad Zahid Hamidi dan Waytha Moorthy.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengambil keterangan beberapa individu termasuk Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ekoran beberapa kenyataan provokatif yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, selain Presiden UMNO itu, pihaknya juga akan mengambil keterangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Waytha Moorthy.

Selain itu, Presiden Jaringan Melayu Malaysia, Datuk Azwandin Hamzah, Timbalan G3, Amran Ahmad dan peguam, Reggie Jessy juga antara lapan individu yang diminta berbuat demikian.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, ADUN Tras, Chow Yu Hui, blogger, Lau Shan Thean dan Muhamad Edi Mohamad Riyas atau Edi Rejang.

Kesemua yang dipanggil itu ada kaitan dengan lebih 160 laporan polis yang dibuat seluruh negara setakat semalam.

“Ada laporan polis itu mengaitkan beliau (Ahmad Zahid) itu kenapa kita memanggil beliau,” ujarnya dalam sidang media hari ini.

Menurut Noor Rashid, pihaknya telah menganalisa berita yang tular di media sosial sejak kebelakangan ini berkaitan dengan sentimen agama dan perkauman dan ada yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.

“Polis prihatin mengenai perkara-perkara yang dimuat naik..jadi perlu jelaskan rujuk Akta Polis, tugas penting PDRM ialah tanggungjawab memelihara keamanan mengikut undan-undang dan arahan selain keselamatan negara,” katanya lagi.

Pihaknya juga telah membuka kertas siasatan mengenai perkara terbabit.

Dalam pada itu, Noor Rashid juga menasihati penganjur perhimpunan ICERD supaya mematuhi peraturan negara dan memastikan ia tidak mengganggu keamanan.- MalaysiaGazette