KUALA LUMPUR – Penafian Teresa Kok yang dirinya menerima wang daripada Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) didakwa satu pembohongan oleh Datuk Seri Jamal Md. Yunos.
Menurut Pengerusi Gabungan NGO Selangor itu, Ahli Parlimen Seputeh dan wakil rakyat DAP itu didakwa sudah menggunakan wang hampir RM2 juta dari tahun lepas sehingga 24 Februari 2017.
Wang tersebut dikeluarkan melalui kad ATM Ambank atas nama Teresa sendiri, katanya.
“Teresa merupakan wakil rakyat pembohong, tak boleh dipercayai dan seorang hipokrit. Tuntutan dana yang perlu diberi pada setiap waris adalah sebanyak RM2,5000 tetapi kebanyakan daripada mereka baru terima RM1,000 sahaja,” ujarnya kepada portal BNBCC hari ini.
Jamal sekali lagi mengulangi kesediannnya disaman oleh Teresa sekiranya wakil rakyat itu tidak berpuashati dengan dakwaannya.
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu sebelum ini mendesak Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menjawab dakwaan transaksi YAWAS berjumlah RM200 juta telah disalurkan kepada ahli parlimen di Kuala Lumpur sedangkan dana itu wang rakyat Selangor.-MalaysiaGazette