Home Utama Malu kita dengan semangat Tun Hamid

Malu kita dengan semangat Tun Hamid

KUALA LUMPUR – “Kalaulah Tun Hamid (Mohamad) dalam keadaan sebegini sanggup berjuang, apa alasan kita lagi untuk tidak stand and be counted?”

Itu kenyataan peguam Lukman Sheriff Alias yang mengerakkan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

“Saya serba salah tunjuk gambar ini tetapi ceritanya amat perlu diuar uarkan. Gambar ini diambil selepas Tun Hamid memberi ceramah atas kerusi roda. Beliau tidak dapat duduk lama dan perlu baring. Beliau datang pun dengan ambulans.

“Gagah betul Tun Hamid. Sebak saya melihat dia. Dia mempunyai pendirian sama seperti saya ceritakan di sini. Malah beliau membangkitkan bahayanya kes basic doctrine yang saya tulis pagi tadi,” kata dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

Sebelum itu, Hamid yang juga bekas ketua hakim negara lantang mengingatkan orang Melayu supaya terus berhati-hati walaupun Putrajaya telah membuat keputusan untuk tidak mengiktiraf ICERD.

Menurut Lukman Sheriff, orang Melayu di negara ini wajar mengambil iktibar daripada ‘kekuatan’ Hamid yang sudah menjalani operasi sebanyak enam kali tetapi tetap lantang menentang ratifikasi ICERD.

“Beliau (Hamid) berkata selagi mana Allah memberi dia kemampuan berfikir bersuara dan menulis beliau akan tetap terus berjuang. Masya Allah. Rasa malu sebab kadang-kadang nak hadir sesuatu event pun kita rasa malas,” katanya.- MalaysiaGazette