Home Utama Dalam suasana semakin tegang, mereka bertanya mana Waytha?

Dalam suasana semakin tegang, mereka bertanya mana Waytha?

Beberapa buah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba ditempat kejadian namun dihalang orang awam susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 NOVEMBER 2018.

PETALING JAYA – Tidak ada seorang pun menteri berketurunan India yang tampil di kuil Sri Maha Mariamman walaupun suasana di situ semakin tegang sehingga pukul 1 pagi ini.

Siang tadi  menteri-menteri tersebut hanya membacakan kenyataan berhubung insiden keganasan di kuil tersebut yang sehingga kini telah menyaksikan 17 orang ditahan.

Itu pun mereka menyalahkan pihak Polis Diraja Malaysia kononnya sambil lewa menangani keadaan tersebut yang turut mengakibatkan lebih 10 kenderaan rosak gara-gara dibakar dan dimusnahkan.

Keadaan itu ternyata menimbulkan kemarahan yang meluap-luap dalam kalangan ribuan penganut Hindu yang berkumpul di perkarangan kuil tersebut sehingga mereka memberi tempoh sejam sahaja kepada menteri-menteri berkenaan untuk tampil di situ.

MGF26112018_KUIL TERBAKAR MALAM03
Kelihatan orang awam yang memenuhi kawasan tapak kuil menghalang sebuah trak polis yang bertugas susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 NOVEMBER 2018.

Ironinya, sama seperti kebangkitan perobohon kuil Kampung Jawa sehingga wujudnya revolusi Hindraf, kini sekali lagi isu yang sama berlaku.

Kali ini isu perobohan serta penempatan kuil berusia 140 tahun, Kuil Sri Maha Mariamman Seafields yang menimbulkan kemarahan masyarakat India terhadap pemaju kerana berdegil mahu mengusir mereka dari Kawasan tersebut.

Kata mereka, walaupun mempunyai empat menteri dan wakil rakyat india yang banyak dalam kerajaan namun masing-masing kecut perut dan tidak peduli.

http://https://www.youtube.com/watch?v=2xmO6x-6m3w&feature=youtu.be

“Mana Waytha? Dulu bukan main lantang bercakap ketika berbicara tentang isu masyarakat India lagi-lagi isu kuil.

“Kini sudah jadi menteri, apa cerita? Kami sudah bosan diperlakukan seperti ini.

“Kami undi untuk perubahan tapi akhirnya di tipu bulat-bulat! Macam ini baik tukar sahaja kerana anda-anda ini hanya layak bercakap.

“Jika anda tidak datang dan beri kata putus tentang kuil ini, kami akan berarak ke One City dan hancurkan mereka sama seperti apa yang mereka lakukan pada kami, “ ujar mereka beramai-ramai.

MalaysiaGazette yang kini berada di lokasi juga melihat sendiri kemarahan umum yang ternyata begitu kecewa dengan kerajaan kini yang sanggup membiarkan sentimen India begitu sahaja.

MGF26112018_KUIL TERBAKAR MALAM12
Beberapa buah kenderaan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di tempat kejadian namun dihalang orang awam susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 26 NOVEMBER 2018.

Malah rata-rata yang datang dari semua pelusuk tempat sanggup meredah lalu lintas yang sesak dan berjalan hampir dua kilometer jauhnya untuk sampai ke lokasi kuil ini.

Ada juga yang berjalan hampir dua kilometer jauhnya untuk sampai ke lokasi kuil berkenaan.

Kenderaan yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dihalang dari memasuki Kawasan tersebut manakala suasana semakin ganas apabila terdapat kenderaan dibakar.

Kemarahan itu turut dizahirkan dengan aksi-aksi ganas apabila ada dalam kalangan mereka yang menghalang lori tangki yang cuba memasuki kawasan tersebut, lebih parah lagi terdapat cubaan untuk menterbalikan kenderaan tersebut.

Kenderaan yang membawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) juga turut dihalang daripada memasuki kawasan tersebut.

Pasukan bomba turut diusir. – MalaysiaGazette

http://https://www.youtube.com/watch?v=2xmO6x-6m3w&feature=youtu.be