Home Nasional Bangunan pemaju ‘diserang’

Bangunan pemaju ‘diserang’

Keadaan pintu kaca bangunan One City yang musnah akibat dibaling objek tajam susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di bangunan One City, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

PETALING JAYA – Hampir separuh daripada cermin pintu masuk syarikat pemaju roboh dekat sini gara-gara rusuhan sekumpulan masyarakat India berhubung isu kuil di Seafield awal pagi ini.

Mereka sebelum itu membaling batu, objek keras dan tajam ke arah bangunan pejabat One City selepas berarak beramai-ramai dari kawasan kuil.

 

MGF27112018_KEKECOHAN DI KUIL11
Keadaan pintu kaca bangunan One City yang musnah akibat dibaling objek tajam susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di bangunan One City, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

Dalam masa yang sama, sebuah kereta terbakar di kawasan berhampiran Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, USJ 25, Putra Heights di Subang Jaya itu.

Selain cermin bangunan berkenaan pecah, beberapa kenderaan di kawasan yang sama juga dirosakkan sekumpulan perusuh.

MGF27112018_KEKECOHAN DI KUIL12
Keadaan sebuah kereta dihadapan bangunan One City yang musnah akibat dibaling objek tajam susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di bangunan One City, Subang Jaya, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 27 NOVEMBER 2018.

Selepas merosakkan bangunan pemaju, sekumpulan perusuh dikatakan kembali ke kawasan kuil kerana sebelum itu mereka menuntut menteri berbangsa India menyelesaikan masalah tuntutan terhadap kuil berkenaan.

 

Kekecohan berlaku ketika kira-kira 2,000 individu berkumpul di kawasan kuil itu sejak malam semalam walaupun polis telah menggesa orang ramai bersurai.

Difahamkan, bilangan anggota pasukan PDRM dan FRU juga dikerahkan lebih ramai di kawasan kejadian. – MalaysiaGazette

Kereta dibakar, perusuh lempar batu ke pejabat pemaju