Home Ekonomi Harga minyak jatuh

Harga minyak jatuh

SINGAPURA – Peningkatan pengeluaran minyak Arab Saudi mendorong harga minyak mentah susut, selain kebimbangan dagangan menjelang mesyuarat G20 di Argentina pada hari Jumaat.

Manakala pertemuan OPEC pula dijadualkan pada 2 Disember ini.

Niaga hadapan Brent susut di bawah AS$60 setong sebelum meningkat kepada AS$60.10 setong namun masih rendah sebanyak 0.6 peratus berbanding harga penutup.

Minyak West Texas Intermediate pula diniagakan pada AS$51.21 setong, susut 0.8 peratus.

Arab Saudi meningkatkan pengeluaran paling tinggi pada bulan November kepada 11.3 juta tong sehari. menurut sumber industri pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette