Anggota bomba yang menjadi mangsa serangan perusuh di tapak kuil Sri Mariamman Seafields, dekat sini kini berada dalam keadaan kritikal dengan diletakkan sistem pernafasan sokongan di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, telah berkhidmat selama tiga tahun bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.