Anggota bomba yang menjadi mangsa serangan perusuh di tapak kuil Sri Mariamman Seafields, dekat sini kini berada dalam keadaan kritikal dengan diletakkan sistem pernafasan sokongan di Pusat Perubatan Subang Jaya.
Mangsa Muhammad Adib Mohd Kassim baru berusia 24 tahun dan telah berkhidmat selama tiga tahun bersama pasukan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya.
Menteri perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata walaupun kenyataan awal beliau menganggap kecederaan yang dialami Muhammad Adib tidak terlampau berat tetapi lawatanya membicarakan yang sebaliknya.