Home Utama Jangan biar bara api merebak

Jangan biar bara api merebak

kuil
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 NOVEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Belum pun hilang sedih kematian anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat di Puchong tempohari kita sekali menyaksikan insiden sedih menimpa seorang lagi anggota semasa rusuhan kuil di Seafield.

Muhammad Adib Mohd. Kassim dilaporkan parah akibat dipukul semasa rusuhan dan kini masih dirawat di hospital.

bomba
Anggota bomba berdoa untuk Muhammad Adib rakan yang kritikal terlibat insiden di sekitar Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya Medical Centre (SJMC), Subang, Selangor. foto FAREEZ FADZIL, 27 NOVEMBER 2018

Kejadian malam tadi juga menyaksikan tindakan ganas perusuh yang turut melempar batu dan objek keras di bangunan syarikat pemaju juga menakutkan.

Kereta dirosakkan, diterbalikkan dan dibakar selain cermin kereta pengguna jalan raya yang ‘tersangkut’ di kawasan itu juga dipecahkan. Ia macam mimpi ngeri kepada mangsa kejadian.

MGF27112018_KESKUILSRIMAHAMARIAMMAN_12
Kelihatan seorang petugas membersihkan sisa kaca dari tingkap yang pecah akibat rusuhan awal pagi tadi di Gallery MCT, One City, Subang Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 NOVEMBER 2018.
MGF27112018_KESKUILSRIMAHAMARIAMMAN_09
Bangkai kenderaan yang terbakar akibat rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 NOVEMBER 2018.

Ramai bimbang ia berjangkit menjadi isu perkauman jika tidak dibendung sementelah insiden berkenaan berlaku dalam suasana hangat isu ratifikasi ICERD masih berbara.

Seorang penyokong memegang poster ’tolak ICERD’ pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018
Seorang penyokong memegang poster ’tolak ICERD’ pada Himpunan Rakyat Bantah ICERD di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 04 NOVEMBER 2018

Tambahan pula ada berlaku tuding jari. Menteri mendakwa polis bertindak lambat dan polis pula menafikannya.

Tidak cukup dengan itu, pihak kuil juga mendakwa perkara yang sama dan mengaitkan pelekat pertubuhan silat pada kenderaan individu yang mengganggu kawasan itu pada hari pertama kejadian.

Regu
Ahli Jawatankuasa Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Regu bercakap pada sidang media berkaitan insiden yang terjadi di Kuil Sri Maha Mariamman Seafield, Subang Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 27 NOVEMBER 2018.

Persatuan silat pula bagi Melayu biasanya dikaitkan dengan pertubuhan berbaiah atau geng ayahanda dan sebagainya. Ia sekali lagi mendedahkan kepada isu perkauman.

Walaupun Persatuan Silat Gayong menafikan pihaknya terlibat dan memang tidak terlibat namun ia ‘rencah’ yang boleh menyebabkan perkara buruk.

Serentak pula dengan kes pembuangan daging babi di sebuah surau di Melaka hari ini – walaupun tidak ada kena mengena namun ia seakan-akan menyimbah petrol di atas bara.

Daging, tulang babi dilempar di surau

 

Terdahulu, isu papan tanda tulisan Cina di Selangor menyebabkan kemurkaan sultan dan baginda pantas menitahkannya dibuang namun kali ini insiden Seafield juga berlaku di Selangor.

Semua yang berlaku itu dalam suasana kerajaan negeri dan rakyat Selangor bakal menyambut ulang tahun baginda pada 11 Disember ini.

Hendak-hendak pula baginda sudah berpengalaman merasakan ‘ketegangan’ semasa kes perkelahian India dan Melayu di Kampung Medan tahun 2001.

Lebih bahaya, ada pihak yang ‘menangguk di air keruh’ dengan mempolitikkannya dan netizen yang menularkannya di media sosial pula menyebabkan semakin ramai berada ‘ketakutan’.

Biarlah sejarah 13 Mei 1969 menjadi peristiwa yang tidak perlu diulang kerana Malaysia mempunyai masyarakat majmuk yang isu perkauman boleh menjadi ‘panas’ secara tiba-tiba jika dibakar.

Tolonglah, jangan biar bara api merebak.- MalaysiaGazette