Home Nasional Suasana kuil Sri Maha Mariamman kembali tenang

Suasana kuil Sri Maha Mariamman kembali tenang

Kelihatan situasi tenang di kuil ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.

SUBANG JAYA – Selepas kekecohan berhampiran kuil Sri Maha Mariamman malam tadi oleh sekumpulan lelaki berjaya disuraikan oleh polis yang bertugas di kawasan itu – pagi ini keadaan di sana kembali tenang.

Walaupun begitu masih ada sekumpulan pasukan polis dan FRU bertugas di luar kawasan kuil berkenaan.

MGF28112018_Kuil Sri Maha Mariamman_11
Kelihatan Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dan Anggota Polis trafik berkawal di hadapan kuil susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.

Sementara itu, beberapa orang kelihatan membersihkan kawasan kuil.

MGF28112018_Kuil Sri Maha Mariamman_15
Kelihatan seorang petugas membersihkan kawasan kuil ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette susulan daripada insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman, USJ 25, Putra Heights, Subang Jaya, Selangor. foto IQBAL BASRI, 28 NOVEMBER 2018.

Malam tadi keadaan kecoh di kawasan Perumahan USJ 25 berhampiran kuil Sri Maha Mariamman apabila polis mengejar sekumpulan pemuda yang berdegil emggan bersurai walaupun arahan menyusul beberapa kali sejak 10.30 malam tadi.

Sekitar 1 pagi tadi polis menurunkan anggota pasukan Light Strike Force sebelum memberi amaran terakhir meminta pemuda yang berkumpul itu bersurai segera.

Tidak sampai seminit arahan itu, polis mengejar setiap pemuda itu dan mencekup mereka bersama motosikal dan kereta yang dinaiki mereka.

Sekitar lapan orang ditahan bagaimanapun empat daripada mereka dibebaskan selepas diperiksa rapi manakala selebihnya digari.

Salah seorang pemuda ditahan polis merupakan calon SPM yang akan menduduki kertas pendidikan agama Islam hari ini.

Dianggarkan lebih 500 orang berkumpul secara berkelompok kecil di kawsan tersebut sejak lewat malam tadi.- MalaysiaGazette