KUALA LUMPUR – Tidak ada maklumat sahih yang mengesahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V telah berkahwin.
Demikian kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika diminta mengulas mengenai gambar-gambar perkahwinan baginda tuanku yang baru-baru ini tersebar di media sosial.
“Saya tak tahu, saya tidak ada maklumat rasmi jadi saya tidak dapat cakap apa-apa,” katanya kepada pemberita ketika sidang media.
Selain beberapa keping gambar persandingan Sultan Muhamad V yang tersebar, Daily Mail turut melaporkan Agong mengahwini bekas ratu cantik Moscow berusia 25 tahun bernama Oksana Voevodina.
Persandingan baginda dikatakan oleh portal yang berpusat di United Kingdom itu berlangsung pada 25 November lalu namun tidak dapat disahkan tarikh pernikahannya.
Portal itu turut mendakwa Oksana yang merangkul gelaran ratu cantik Moscow pada 2015 telah memeluk Islam pada awal tahun ini.
Terbaru menurut laporan berita itu, Oksana mengunjungi sebuah klnik di German. – MalaysiaGazette