KUALA LUMPUR – Pasaran kewangan domestik mencatat aliran keluar portfolio bukan pemastautin pada bulan Oktober disebabkan terutamanya oleh perkembangan luaran.
Bank Negara Malaysia berkata, ringgit menyusut nilai sebanyak 1.0 peratus tengah-tengah nilai dolar Amerika Syarikat (AS) yang terus kukuh dan aliran keluar portfolio bukan pemastautin.
Sentimen positif terhadap dolar AS didorong terutamanya oleh penyiaran data ekonomi AS yang menggalakkan dan
penunjuk oleh Rizab Persekutuan mengenai cadangan menaikkan kadar faedah selanjutnya.
Bank Pusat dalam Soroton Bulanan Oktober berkata, FBM KLCI merosot 4.7 peratus kerana sentimen pelabur menerima kesan daripada penjualan mendadak ekuiti AS berikutan kegiatan pengambilan untung sebelum pengumuman mengenai perolehan AS.
Selain itu, kebimbangan terhadap keadaan pembiayaan yang lebih ketat dalam sektor korporat, seperti dicerminkan oleh
kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, turut memberikan kesan terhadap sentimen.
Kadar hasil MGS 5 tahun kekal stabil dan hanya meningkat sebanyak 4.1 mata asas pada bulan itu manakala nisbah perlindungan mudah tunai (LCR) sistem perbankan adalah pada 147 peratus, apabila semua bank mencatat paras LCR melebihi 100 peratus meskipun pelaksanaan sepenuhnya1 hanya akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2019.
Profil pendanaan bank-bank adalah stabil dengan nisbah pinjaman kepada dana dan nisbah pinjaman kepada dana dan ekuiti masing-masing kepada 83.3 peratus dan 72.7 peratus. – MalaysiaGazette