KUALA LUMPUR – Hubungan aktres popular Indonesia, Luna Maya dikatakan semakin rapat dengan Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companies, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin.
Media Indonesia melaporkan Luna semakin terbuka apabila memberi ‘tanda cinta’ pada gambar terbaru Faisal bersama dua lelaki lain di Kyoto, Jepun di Instagram miliknya.
Tindakan Luna juga mencuri perhatian apabila dia juga dilihat memberikan tanda ‘suka’ dan meninggalkan komen pada beberapa gambar di Instagram Faisal dengan ayat kelihatan tampan.
Sebelum ini, Faisal pernah memuat naik gambar bersama Luna ketika mereka dan rakan-rakannya berada di Bali, Indonesia.
Pada 27 Oktober lalu, Faisal dikatakan meraikan ulang tahun kelahirannya dengan Luna.
Menerusi gambar yang dimuat naik adik Faisal, Diana Nasimuddin, Luna kelihatan mesra bersama Faisal, rakan-rakan dan Diana.
Dalam foto itu, wajah kedua-duanya menggambar kebahagian seperti pasangan di lamun cinta.
Faisal sebelum ini pernah digosipkan dengan pelakon baharu, Puteri Aishah. – MalaysiaGazette