Home Seni Hidup KLIMS’18: Myvi GT buat peminat kereta sport

KLIMS’18: Myvi GT buat peminat kereta sport

Model, Hilyah Nursyahida Ismail menunjukkan Perodua Myvi GT pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Myvi GT dijangka menjadi pilihan anak muda pada masa akan datang selepas syarikat kereta tempatan , Perodua meneroka versi Myvi yang lebih sporty.

Kenderaan yang memiliki bumper hadapan dan belakang yang tampil lebih agresif, sistem brek yang dinaik taraf serta sport rim 17 inci, kerusi bucket Alcantara dan stereng flat-bottom kini dipamerkan di Pameran Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18).

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Dr Aminar Rashid Salleh berkata, peminat teknikal pasti akan teruja dengan pameran powertrain generasi seterusnya yang dibangunkan oleh rakan teknikal Perodua, Daihatsu Motor Company of Japan.

MGF01122018_HUMAN INTEREST MOTORSHOW_02
Pengunjung melihat keunikan Perodua Myvi GT pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

“Kunjungilah sudut pameran kami kerana Perodua  menjalankan banyak aktiviti di sepanjang KLIMS’18.

“Antaranya permainan interaktif, peraduan digital, hadiah-hadiah dan persembahan yang menarik supaya kami dapat lebih dekat dengan para pelanggan semasa serta masa hadapan kami.

“Akhir sekali, para pengunjung akan diberi intipan kepada tawaran masa hadapan yang akan dihasilkan Perodua,” katanya.

Direka khusus untuk KLIMS’18, Perodua menampilkan konsep Myvi GT iaitu sebuah Myvi yang telah dilengkapi dengan aksesori dan peralatan tambahan yang menghasilkan sebuah Myvi yang sporty.

MGF01122018_HUMAN INTEREST MOTORSHOW_03
Pengunjung melihat keunikan Perodua Myvi GT pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018

Kereta versi biasa ini telah direndahkan menggunakan suspensi aftermarket, dilengkapi brek Brembo empat pot di hadapan dan dua pot di belakang.

Ia juga dilengkapi dengan bodykit custom yang nampak sesuai dengan rekaan asal Myvi. Beberapa kemasan kecil dibuat dengan menambah “lining” merah pada keliling skirting, lips dan apron belakang.
Di bahagian bumbung, dipasangkan dengan bumbung suria (sunroof).

Sementara itu, di bahagian kokpit dilengkapi dengan sepasang kerusi bucket, stereng sport dengan kemasan gentian karbon dan beberapa sentuhan trim merah ala Type-R.

Sementara itu, KLIMS’18 dibuka kepada orang ramai sejak 22 November lalu hingga 2 Disember ini di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). – MalaysiaGazette
MGF01122018_HUMAN INTEREST MOTORSHOW_01
Pengunjung melihat keunikan Perodua Myvi GT pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2018 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 01 DISEMBER 2018