Home Ekonomi Tiada lagi kenaikan tarif oleh AS selepas 1Januari

Tiada lagi kenaikan tarif oleh AS selepas 1Januari

Donald Trump (kanan) dan Xi Jinping (kiri). foto Reuters

BUENOS AIRES – Amerika Syarikat tidak akan mengenakan tarif dagangan tambahan ke atas China selepas 1 Januari 2019.

Malah, perbincangan akan diteruskan.

Pengumuman itu dibuat oleh televisyen China selepas Presiden Donald Trump bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping buat pertama kali selepas pertikaian perdagangan berlaku pada tahun ini.

Sebelum ini, media melaporkan pertemuan kedua pemimpin itu berlangsung dengan baik.

Jinping dan Trump bertemu selepas Sidang Kemuncak G20 yang berlangsung di Jerman.

Setakat ini, belum ada pengesahan daripada Amerika Syarikat berhubung hasil pertemuan itu.

Tetapi, stesen televisyen China melaporkan tidak ada tambahan pada tarif baharu dilakukan selepas 1 Januari.

Manakala Xinhua, agensi berita China pula melaporkan, kerjasama kedua-dua pemimpin itu adalah pilihan terbaik buat negara masingpmasing.

China dan Amerika Syarikat telah mengenakan tarif import berbilion dolar.

Amerika Syarikat telah melaksanakan tarif bernilai AS$250 bilion bagi barangan China sejak Julai dan China juga melakukan tindakan sama membabitkan jumlah AS$110 bilion.

Menjelang mesyuarat G20, Amerika Syarikat dijangka meneruskan rancangan untuk menaikkan tarif bagi barangan China bernilai AS$200 bilion.

Pelaksanaan pertama dibuat pada bulan September sehingga 25 peratus mulai Januari 2019. – MalaysiaGazette