Home Nasional Culas jaga kebersihan alat sulit punca tenaga syahwat menurun

Culas jaga kebersihan alat sulit punca tenaga syahwat menurun

Pakar Perubatan, Mohamed Zaki Itam bercakap pada Wacana Memulihara Kehebatan Kelakian dari Perspektif Etno-Sains Perubatan Melayu di Bilik Senat, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 03 DISEMBER 2018

BANGI – Pengamal perubatan komplementari Islam, Mohamed Zaki Itam berkata kecuaian lelaki menjaga kebersihan alat sulit antara punca penurunan tenaga syahwat golongan itu kini.

Pemilik Pusat Perubatan Qalam Laduni itu berkata itu antara aspek terpenting dalam mengekalkan tenaga syahwat dan culas disiplin itu boleh mengakibatkan jalinan seksual antara pasangan akan turut terkesan.

“Lelaki hilang kehebatan seksual adalah disebabkan dia kurang menjaga kebersihan alat sulit. Bila mereka buka seluar untuk dapatkan rawatan, bau pun sudah tidak tahan.

“Pelbagai penyakit macam kudis buta, panau, kurap, macam-macam lagi. Jadi bagaimana nak dapatkan keluaran seksual kerana mereka langsung tidak ambil kira mengenai kebersihan alat sulit,” katanya dalam wacana bertajuk “Memulihkan kehebatan kelakian dari perspektif Etno-Sains perubatan Melayu” di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Wacana anjuran UKM itu antara lain turut menjemput pengamal am di Pusat Ruqyah Hijrah, Dr Mohamad Husaini Razali sebagai panelis.

Ia dikemudi Pengarah Institusi Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Prof Dr Supyan Hussin.

Antara lain, Mohamed Zaki berkata kegagalan kaum lelaki memotong bulu kemaluan juga turut menyumbang kepada penurunan prestasi seksual lelaki.

“Ada satu kali saya buat rawatan, dekat kemaluan pesakit itu ada sejenis hama halus. Saya terpaksa lumur tangan saya dengan minyak panas untuk elakkan hama itu hinggap ke badan saya.

“Kalau kita tidak cuci hama yang ada pada pesakit itu ia akan mengakibatkan jangkitan lain pula. Jadi jangan marah kalau kena bayaran mahal, dengan busuknya lagi, hama lagi, itu yang kita nak baiki. Siapa yang nak hadap benda itu,” katanya menceritakan pengalaman merawat pelbagai lelaki yang menghadapi masalah penurunan prestasi seksual.

Selain itu, penggunaan seluar dalam yang tidak sesuai, duduk terlalu lama, tabiat kuat tidur menghadapi penyakit kencing manis juga menyumbang kepada permalasahan kurang kehebatan seksual lelaki. -MalaysiaGazette