MONTGOMERY – Polis telah tersilap menembak mati seorang lelaki di pusat beli-belah Riverchase Galleria, Hoover, dekat Alabama.
Mangsa, Emantic Bradford Jr, yang dikenali sebagai EJ maut selepas ditembak di kepala, leher dan peha.
Tembakan dilepaskan selepas polis mengenal pasti mangsa sebagai individu tang menembak dua remaja lelaki dan perempuan, masing-masing berusia 18 dan 12 tahun pada bulan lalu.
Bagaimanapun, polis mengakui kesilapan itu.
Malah, polis berjaya menahan lelaki lain, Erron Brown, 20, yang dipercayai terlibat dalam menembak dua remaja tersebut.
Bedah siasat mangsa telah dijalankan atas permintaan keluarga Bradford, mendapati polis telah menembak tiga kali dari belakang mangsa yang baru berusia 21 tahun.
Seorang peguam yang mewakili keluarga mangsa berkata, berdasarkan bedah siasat itu sewajarnya polis berkenaan dikenakan pertuduhan jenayah.
“Tiada apa yang boleh diberi justifikasi tentang tembakan yang dilakukan terhadap EJ,” kata peguam itu.
Polis berkenaan telah diminta bercuti sementara siasatan dijalankan.
Pihak berkuasa telah memberi perincian kes berkenaan tetapi enggan mendedahkan rakaman tubuh badan mangsa semasa insiden berlaku kerana boleh menjejaskan integriti siasatan.
Difahamkan mangsa telah membawa senjata semasa kejadian berlaku tetapi dia mempunyai permit.
Pihak polis berkata, anggota yang melepaskan tembakan itu mendapati ada ancaman selepas bunyi tembakan di pusat beli-belah itu.
Di bawah undang-undang senjata Alabama, adalah menjadi satu kesalahan membawa senjata api di tempat awam. – MalaysiaGazette