Home Nasional Waytha Moorthy beri keterangan hari ini

Waytha Moorthy beri keterangan hari ini

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bercakap pada Konvokesyen Kolej UNIKOP di Maktab PDRM Cheras, Selangor. foto SYAFIQ AMBAK, 04 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy sedang memberikan keterangan berhubung kenyataannya yang berbaur hasutan dan berunsur perkauman.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Fuzi Harun berkata,  keterangan beliau diambil setelah beberapa kali ditunda sebelum ini.

“Keterangan beliau sudah diambil hari ini setelah beberapa kali ditunda, dalam tempoh hari ini kalau tidak ada perubahan,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Konvokesyen Kolej UNIKOP ke 3, di Maktab PDRM, hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, polis boleh menyiasat Waytha Moorthy sekiranya perlu untuk membantu siasatan.

Menurut Muhyiddin, ia terserah kepada pihak polis untuk membuat tindakan sekiranya mempunyai asas. – MalaysiaGazette