KUALA LUMPUR – Polis mengambil keterangan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali dan lima Ahli Dewan Tertinggi (ADT) pertubuhan itu hari ini.
Sumber memberitahu, beberapa pegawai polis hadir di pejabat Perkasa di Kompleks Damai di sini kira-kira jam 3 petang untuk mengambil keterangan Dr Ibrahim berhubung ucapannya pada Perhimpunan Jihad Perkasa Ahad lalu.
Pada perhimpunan itu, Dr Ibrahim dilaporkan memberi amaran keras kepada pihak yang cuba memperkotak-katikkan maruah orang Melayu sambil berkata, zaman retorik, bersyarah sudah berakhir.
Sehingga jam 5.20 petang ini, Dr Ibrahim dan lima ADT Perkasa masih disoal siasat. – MalaysiaGazette