Home Ekonomi Indonesia semak semula kadar levi minyak sawit

Indonesia semak semula kadar levi minyak sawit

Gambar hiasan

JAKARTA- Indonesia menyemak semula kadar levi bagi minyak sawit dan produk derivatif berkuatkuasa serta-merta susulan kejatuhan harga kebelakangan ini, mengikut laman web Kementerian Kewangan hari ini.

Indonesia, pengeksport utama minyak sawit dunia tidak akan mengutip levi daripada pengeksport kelapa sawit apabila harga berada di bawah paras AS$570 se tan tetapi akan mengenakan caj sebanyak A$10-AS$25 apabila harga berada di dalam jajaran AS$570-AS$619 se tan.

Levi akan dinaikkan kepada AS$20-AS$50 apabila harga komoditi berkenaan melebihi AS$619 se tan.

Butiran mengenai peraturan tersebut adalah berbeza dengan pengumuman sebelum ini.

Di bawah peraturan terdahulu, pengeksport perlu membayar AS$20-AS$50 se tan tanpa mengira harga kelapa sawit berkenaan.

Peraturan berhubung cukai eksport kekal sama.- MalaysiaGazette