OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, kerajaannya tidak terlibat dalam penangkapan pengurusan tertinggi Huawei.
Ketua Pegawai Kewangan Huawei, Meng Wanzhou ditahan di Lapangan Terbang Vancouver pada Sabtu lalu untuk diekstradisi ke Amerika Syarikat.
China telah menuntut pembebasan Meng.
Pertuduhan yang dikenakan terhadap Meng masih belum didedahkan dan Huawei tidak mengetahui kesalahan apa yang telah dilakukan oleh wanita itu.
Beliau dijadual menghadapi pendengaran bagi jaminan pada hari Jumaat.
Laporan media sebelum ini menyebut penahanan Meng mungkin ada kaitan siasatan Amerika Syarikat berhubung perlanggaran ke atas sekatan Iran.
Penasihat Keselamatan Kebangsaan Amerika Syarikat, John Bolton enggan mengulas isu ini.
Sebaliknya, Bolton berkata, beliau mempunyai “kebimbangan besar” terhadap amalan perniagaan firma China dan operasi mereka mungkin sebagai “senjata” kerajaan.
Saham Eropah merekodkan penurunan dua tahun rendah dan indeks di seluruh Asia menurun dengan ketara berikutan penangkapan itu, yang mana penganalisis menyifatkan sebagai kebimbangan terhadap perang perdagangan Amerika Syarikat-China.
Walau bagaimanapun, tiga indeks utama Amerika Syarikat kembali pulih pada akhir hari, dengan penutupan Nasdaq lebih tinggi. – MalaysiaGazette