Home Nasional Larangan bawa kanak-kanak tidak diendahkan

Larangan bawa kanak-kanak tidak diendahkan

KUALA LUMPUR – Para peserta Himpunan Ummah menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dilihat tidak mengendahkan larangan polis agar tidak membawa kanak-kanak bersama.

Tinjauan MalaysiaGazette mendapati, ada ibu bapa yang menyertai perhimpunan aman itu membawa anak-anak mereka bersama.

Beberapa kanak-kanak dilihat berada di Masjid Negara – antara lokasi pertemuan para peserta sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata,  adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana individu yang membawa kanak-kanak di bawah bawah umur 15 tahun dalam mana-mana perhimpunan.

Sekiranya didapati bersalah, mereka boleh boleh dikenakan denda RM20,000 atau 10 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. -MalaysiaGazette