KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan diberi amaran agar tidak sesekali berani mengusik apa-apa yang berkaitan dengan agama Islam dan bangsa Melayu atau berdepan dengan kemaraan lebih teruk.
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, UMNO dan Pas tekad dan berjanji akan terus mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan di negara ini.
Himpunan Ummah bagi ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang dianjurkan pada hari ini memberi isyarat kepada mana-mana pihak termasuk kerajaan Pakatan Harapan yang bermain-main dengan isu tersebut.
“Kita beri amaran jangan guna ICERD dengan orang Islam.
“Saya terima laporan kononnya 50,000 tapi hakikatnya setengah juta berkumpul di sini hari ini. Bangun dan tunjuk bendera masing-masing.
“Selepas berkumpul di Pasir Salak 50,000 kini 500,000. Ini adalah mesej kita, Kalau Islam di usik kita bangkit, kalau hak kita di usik kita bangkit. Kita akan bersatu.
“Kerajaan jangan main-main, kalau usik lagi kita akan berkumpul dengan jumlah yang lebih besar.
Tiga jam saya menunggu dari panas ke redup , insyallah kita akan terus dilindungi,” katanya di hadapan ratusan ribu penyokong sebentar tadi.
Tambah Zahid, UMNO dan Pas akan bersatu dalam isu-isu yang berkaitan dengan Islam dan Melayu pada masa hadapan demi memastikan kepentingan bangsa ini kelak.
“Kerjasama ini bukan hanya gagasan pembangkang sebaliknya atas isu-isu lain, ini bukan gabungan politik tetapi gabungan fitrah antara UMNO dan Pas, orang Pas dan UMNO bersatu mulai sekarang,” tegasnya. – Malaysia Gazette