Home Ekonomi Tiga tahun untuk pulihkan ekonomi

Tiga tahun untuk pulihkan ekonomi

Lim Guan Eng
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tempoh tiga tahun untuk mengembalikan kedudukan ekonomi pada landasan yang betul.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menyambut baik langkah Moody’s mengekalkan penarafan bagi hutang terbitan mata wang tempatan dan asing serta hutang tidak bercagar Malaysia pada tahap A3 dan prospek juga kekal stabil.

Katanya, pengekalan penarafan itu tidak berubah ini meskipun agensi itu mengambil kira kekuatan fiskal Malaysia yang telah menurun dengan defisit fiskal sebanyak 3.7 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar pada 2018, 3.4 peratus pada 2019, 3 peratus pada 2020 dan kurang dari 2.8 peratus pada 2021,

“Keyakinan Moody’s di dalam potensi pertumbuhan Malaysia yang teguh, pasaran-pasaran modal domestik dan kerangka institusi yang kukuh, termasuk keberkesanan polisi monetari, semuanya memberi kesan kredit positif yang padu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut Moody’s, di dalam jangka masa panjang, prospek ekonomi Malaysia dibantu oleh infrastruktur yang telah dibangunkan dengan baik, kekayaan sumber alam, dan sektor-sektor perkhidmatan dan pembuatan yang berdaya saing secara global.

Ini dibuktikan dengan peningkatan medadak di dalam eksport bagi Oktober2018 kepada paras tertinggi sebanyak RM96.4 Bilion dan lebihan dangan sebanyak RM16.3 bilion. – MalaysiaGazette