Home Nasional 55,000 sertai himpunan bantah ICERD – Polis

55,000 sertai himpunan bantah ICERD – Polis

Ribuan peserta yang hadir pada perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju " Bantah ICERD" di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Polis menganggarkan seramai 55,000 orang peserta menyertai Himpunan Ummah bagi membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara hari ini.

“Anggaran yang hadir untuk Perhimpunan Kesyukuran bantah ICERD adalah dianggarkan seramai 55,000 orang,” kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan.

MGF08122018_HIMPUNAN BANTAH ICERD45
Ribuan peserta yang hadir berarak ketika menyertai perhimpunan penolakan ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melepaskan peluang melihat baju ” Bantah ICERD” sekitar kawasan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 08 DISEMBER 2018

 

Menurutnya, himpunan itu berjalan lancar dan selamat serta tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Namun, himpunan itu terkesan apabila ada peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpunan berkenaan yang menyalahi Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebelum ini, ketika berucap Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden UMNO yakin jumlah peserta himpunan itu mencecah 500,000 orang.

Perhimpunan yang bermula 2 petang itu berakhir kira-kira jam 5 petang tadi. – MalaysiaGazette