Home Dunia Undang-undang AS bukan alat dagangan – DoJ

Undang-undang AS bukan alat dagangan – DoJ

Donald Trump menyifatkan perjanjian nuklear Iran yang disertai Amerika Syarikat sebelum ini, teruk. - foto dailymail
Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Senator Demokratik Amerika Syarikat kurang senang dengan ulasan Donald Trump yang mahu campur tangan berhubung kes penahanan Ketua Pegawai Eksekutif Kewangan Huawei, Meng Wanzhou.

Meng, 46, telah ditahan di Kanada semasa menukar pesawat di Vancouver pada 1 Disember lalu atas permintaan Amerika Syarikat dan kemungkinan akan diekstradisi.

Anak pengasas Huawei itu didakwa telah melakukan penipuan ke atas bank-bank multinasional berhubung transaksi dengan Iran, menyebabkan bank-bank berkenaan berada dalam risiko melanggar sekatan Amerika Syarikat.

Wanita itu telah dibebaskan dengan jaminan oleh mahkamah Kanada.

Semalam, dalam wawancara dengan Reuters, Trump berkata, beliau akan bertindak sekiranya cara itu boleh menyelamatkan perjanjian perdagangan dengan China.

Senator Richard Blumenthal berkata, beliau terganggu dengan komen Trump, seolah-olah penguatkuasaan undang-undang Amerika Syarikat adalah alat keputusan perdagangan, politik negara.

Mengulas mengenai kenyataan tersebut, Penolong Peguam Negara, Joh Demers berkata, jabatan itu bukan alat dagangan.

“Apa yang kami laksanakan di Jabatan Kehakiman adalah menguatkuasakan undang-undang, Kami tidak melakukan dagangan,” katanya. – MalaysiaGazette