Home Seni Hidup Mahu hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta – Zain

Mahu hidup 55 tahun lagi bersama Che Ta – Zain

Foto Instagram Rozita Che Wan.

KUALA LUMPUR – Pelakon Zain Saidin berharap dapat melayari alam rumahtangga bersama isterinya yang juga pelakon, Rozita Che selama 55 tahun lagi.

Zain menulis status romantis itu laman Instagram miliknya sempena meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka.

Jelas lelaki berusia 34 tahun itu, dia cukup bahagia menjadi suami kepada Rozita, 45, atau popular dengan panggilan Che Ta selama ini.

“Selamat ulang tahun sayangku Rozita Che Wan, lima tahun yang indah dan 55 lagi untuk dilalui. I love you so much,” tulisnya.

Menerusi akaun Instagram Rozita Che Wan pula, dia turut memuat naik beberapa keping foto istimewa bersempena ulang tahun perkahwinan mereka itu.

Rozita dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aaisyah Dhia Rana, yang kini berusia empat tahun.

Rozita turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 22, dan Aniq Ezzra, 20, hasil perkahwinan pertamanya. – MalaysiaGazette