Bekas Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad hari ini berhadapan 10 pertuduhan melibatkan satu kesalahan pecah amanah bernilai RM160 juta berhubung pembelian sebuah hotel di Kuching oleh Felda Investment Corporation (FIC).
Isa, 69, turut menghadapi sembilan pertuduhan bagi kesalahan menerima rasuah melibatkan RM3.09 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan atas semua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi terhadap bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu. Pendakwaraya mencadangkan Isa dikenakan ikat jamin RM2 juta dengan seorang penjamin.