Home Nasional Anggaran kos eksport sisa WLP tidak tepat – Lynas

Anggaran kos eksport sisa WLP tidak tepat – Lynas

Lynas Malaysia wajar dib.eri peluang untuk mempertahankan rekod pengawalseliaan serta persekitarannya secara terbuka sejak ia mula beroperasi pada 2012. - MABC
Lesen operasi Lynas bakal diperbaharui

KUALA LUMPUR –  Lynas Malaysia Sdn. Bhd. menganggarkan sejumlah A$14 juta (RM41.96 juta) untuk mengeksport sisa penulenan air (WLP) dari Malaysia yang disebutkan dalam laporan jauh lebih rendah daripada penilaian permulaan kos sedemikian yang dibuat oleh syarikat.

Menurutnya, anggaran yang dilaporkan itu telah silap mengambil pandangan penganalisis.

Ini kerana, laporan asal penganalisis menyatakan bahawa angka-angka ini hanya anggaran kasar, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Seperti kebanyakan organisasi komersil, Lynas kerap mengkaji kemungkinan kewangan dari senario perniagaan dan kejadian yang berlaku pada masa depan yang berbeza.

“Penilaian ini berdasarkan pelbagai andaian dan tidak disokong oleh anggaran kos yang disahkan. Oleh itu, Lynas tidak berada pada kedudukan untuk menyediakan panduan berhubung potensi kos berkaitan dengan eksport WLP,” tambahnya.

Baru-baru ini, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin dilaporkan mengatakan Lynas akan menanggung A$14 juta untuk membawa sisa WLP dari Malaysia.

Ia berasaskan kepada laporan Australian Financial Review minggu lalu yang menyatakan sebahagian besar kos untuk mengeksport sisa itu yang berjumlah A$46 juta, boleh dituntut melalui syarikat insurans.

Lynas Malaysia juga menjelaskan bahawa “hanya jika dua”, bukan semua tiga, lesen diperlukan bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan mengenai penggunaan selamat sisa WLP gagal, Lynas dikehendaki mengeksport sisa WLP dari Malaysia.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom Malaysia telah mengeluarkan tiga lesen operasi dan dua lesen peringkat operasi penuh kepada Lynas. – MalaysiaGazette