Home Seni Hidup Natasha Hudson perkenal suami baharu

Natasha Hudson perkenal suami baharu

Foto Instagram Natasha Hudson.

KUALA LUMPUR – Pelakon Natasha Hudson akhirnya muncul mengesahkan perkahwinan keempatnya dengan usahawan dari Kelantan, Noor Nashriq Sekarnor.

Natasha memuat naik foto bersama suaminya dalam sebuah perahu genap seminggu pasangan itu bernikah.

“Doakan yang baik-baik sahaja,” tulisnya di Instagram miliknya.

Pasangan itu dinikahkan di Masjid Al-Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian dalam sebuah majlis sederhana yang dihadiri kaum keluarga dan rakan terdekat pasangan itu.

Pada Oktober lalu, Natasha atau Natasha Liana Hudson, 36, mengakui sudah bercerai dengan bekas suami, Carleed Khaza atau Khalid Kamal yang dinikahinya pada April 2012.

Sepanjang enam tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Sebelum itu, Natasha pernah berkahwin dengan Mohd. Faiz Mohd. Raih pada 2006 namun rumah tangga mereka hanya bertahan selama empat bulan.

Aktres itu kemudiannya melangsungkan perkahwinan dengan Datuk Shahrin Zahari pada Julai 2007 namun rumah tangga itu hanya bertahan selama dua tahun.