HANOI – Suami orang Malaysia, isteri orang Vietnam.
Itulah antara perkara menarik yang berlaku di Stadium My Dinh di sini.
Bagi Danial, 34, beliau tidak sangka boleh bertemu dengan jodohnya, Nguyen, 26, yang asalnya datang melancong ke Malaysia.
Mereka baru melangsungkan perkahwinan kira-kira enam bulan lalu.
“Mengenai pasukan mana yang kami sokong? Itu memang lucu..kami buat perjanjian, masa kat Bukit Jalil hari itu saya beralah menyokong pasukan kelahiran isteri.
“Di Hanoi ini isteri saya terpaksa beralah menyokong negara kelahiran saya,” katanya kepada MalaysiaGazette di Stadium My Dinh sambil ketawa di sini hari ini.
Pasangan tersebut hadir di stadium dua jam sebelum perlawanan bagi menyaksikan pertemun antara Malaysia dan Vietnam.
Perlawanan final kedua itu bagi merebut Piala AFF Suzuki 2018 selepas perlawanan final pertama di Stadium Bukit Jalil menyaksikan kedua-dua negara seri 2-2. – MalaysiaGazette