Home Sukan Pengurus Boca Juniors letak jawatan

Pengurus Boca Juniors letak jawatan

Guillermo Barros Schelotto letak jawatan sebagai pengurus Boca Junior selepas gagal menjulang Copa Libertadores menentang River Plate baru-baru ini.

BUENOS AIRES- Pengurus Boca Juniors, Guillermo Barros Schelotto meninggalkan kelab itu.

Tindakan itu diambil sehari selepas pasukannya dijinakkan 3-1 oleh musuh ketat, River Plate pada minit tambahan aksi kedua pusingan akhir Copa Libertadores dua hari lalu.

Boca tewas dengan agregat 5-3 dalam aksi yang diadakan di Madrid, Sepanyol.

Sebelum ini, pertembungan dua pasukan itu ditunda dan dipindahkan lokasi selepas penyokong fanatik River menyerang bas pasukan Boca.

Insiden itu menyebabkan beberapa pemain Boca tercedera sebelum aksi kedua final do Buenos Aires.

Bekas penyerang Boca, Schelotto telah mengemudi pasukan itu selama dua tahun setengah.

Mereka menjulang gelaran Argentina selama dua musim lalu dan kini menduduki tangga keenam dalam liga domestik.

“Di sebalik dugaan gagal menjulang piala, saya berundur dengan minda yang tenang setelah mencurahkan segala kemahiran untuk kegemilangan kelab ini,” kata bekas pemain Argentina itu.

Presiden kelab itu Daniel Angelici pula menegaskan walaupun keperitan dan kekecewaan aksi lepas belum pulih, Boca Juniors sedar langkah terbaik untuk kelab Boca ialah perubahan menerusi jurulatih baharu,” katanya.

Schelotto mengakhiri khidmatnya menerusi perlawanan terbesar sejarah bola sepak Amerika Selatan iaitu menentang musuh tradisi yang ketat di benua itu dalam final Liga Juara Juara buat kali pertama.- MalaysiaGazette