Home Utama PH bukan tong sampah UMNO

PH bukan tong sampah UMNO

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan bukan ‘tong sampah’ untuk menerima ‘sampah’ daripada UMNO.

Amaran itu diberikan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan yang menerima bekas wakil-wakil rakyat UMNO yang keluar parti.

Setiausaha Pemuda Pakatan Harapan Sabah, Razeef Rakimin berkata, Pakatan Harapan juga tidak ada keperluan untuk menerima wakil-wakil rakyat UMNO yang keluar parti dan mengkhianati mandat rakyat.

Beliau yang menentang keras kemasukan bekas wakil-wakil rakyat UMNO dalam Pakatan Harapan itu menambah, perlakuan pemimpin-pemimpin itu jelas menunjukkan mereka telah mengkhianati rakyat dan hanya mahu menjaga kepentingan diri sendiri sahaja.

Mereka itu, katanya, tidak bermaruah dan tiada pendirian.

“Maka pimpinan Pakatan Harapan perlu menolak penyertaan mereka ini kerana tidak ada tempat untuk wakil rakyat yang tidak bermaruah

“Jangan jadikan Pakatan Harapan sebagai “tong sampah” untuk menerima “sampah” dari UMNO,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Malah, Razeef turut membidas beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang secara terbuka menyatakan akan menerima wakil rakyat UMNO yang keluar meninggalkan parti itu sedangkan pakatan telah menentang UMNO sejak ia ditubuhkan lagi.

“Pemimpin Pakatan Harapan perlu faham pakatan ini bukan “mesin basuh” untuk membersihkan kotoran dari UMNO,” tegas beliau. – MalaysiaGazette