Home Politik Azmin akan tanya apa yang berlaku pada Nurul Izzah

Azmin akan tanya apa yang berlaku pada Nurul Izzah

Mohamed Azmin Ali

CYBERJAYA- Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali akan bertemu dengan Nurul Izzah Anwar bagi mendapatkan gambaran sebenar mengapa Naib Presiden parti itu meletakkan jawatan.

“Saya baru mendapat berita ini dan saya akan berjumpa dengan dia untuk tanya apa yang berlaku.

“Itu saja komen saya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi konsultasi industri berteknologi tinggi di MIGHT dekat sini hari ini.

Sebentar tadi, Nurul Izzah mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan menolak perlantikan beliau sebagai Pengerusi Keadilan Pulau Pinang.

Bagaimanapun Nurul Izzah masih mengekalkan kerusi sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai perkara tersebut memberitahu, beliau tidak tahu-menahu mengenai isu di dalam PKR.

“Saya tidak tahu apa-apa mengenai parti PKR,” katanya. -MalaysiaGazette