Home Utama Jenazah Muhammad Adib dibawa ke HKL untuk proses bedah siasat

Jenazah Muhammad Adib dibawa ke HKL untuk proses bedah siasat

Mohd Kasim Abdul Samid bapa kepada Allahyarham Muhammad Adib kelihatan sugul sewaktu berjalan keluar di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 18 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Jenazah Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang cedera parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya bulan lalu akan dibawa ke Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) untuk proses bedah siasat.

Setakat ini, para media memenuhi ruang menunggu di Institut Jantung Negara bagi mengikuti perkembangan terkini proses membawah jenazah keluar dari hospital.

MalaysiaGazette yang berada di lokasi ketika turut melihat bapa Muhammad Adib dibawa keluar ditemani oleh anggota bomba dan pihak berkuasa.

Beliau dilihat sayu dan tidak bercakap dengan media

Menurut sumber, ketika ini pihak keluarga terdekat serta sahabat handai diberikan peluang untuk melihatnya terlebih dahulu di IIJN.

Ramai di lihat sudah mula berkumpul rata-rata dipercayai orang terdekat juga orang awam berkumpul di kawasan perkarangan hospital ketika ini.

Muhammad Adib disahkan meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi di IJN sekaligus mengundang kejutan serta hiba masyarakat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin, berkata jenazah arwah akan diuruskan di IJN sebelum dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah, di pagi esok, untuk penghormatan terakhir.

“Selepas itu, jenazah arwah akan dibawa menaiki helikopter untuk dihantar pulang ke kampung halaman di Kedah. -MalaysiaGazette