Home Nasional Hukum gantung ‘pembunuh’ Muhammad Adib

Hukum gantung ‘pembunuh’ Muhammad Adib

Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norasyikin Abdul Ghani.
Presiden Srikandi Malaysia, Datuk Norasyikin Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR – Hukuman gantung mandatori terhadap pesalah yang menyebabkan kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim perlu dilaksanakan sebagai pengajaran.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi), Datuk Norashikin Abdul Ghani
berkata, hukuman itu setimpal atas apa yang dilakukan oleh mereka yang ‘membunuh’ allahyarham.

Katanya, ketika ini rakyat sedang marah, kecewa dan berdukacita dengan kehilangan seorang wira negara.

“Segala tindakan mengurangkan hukuman terhadap suspek tidak dapat diterima sedangkan pihak yang menceroboh dan memulakan rusuhan sudah didakwa.

“Sebagai negara yang berpaksi rules by the law rakyat menanti keputusan pendakwaan yang adil bagi membela kematian arwah Adib dan mesej yang cukup besar kepada pengkhianat negara,” ujarnya dalam satu kenyataaan hari ini.

Menurut Norashikin, Srikandi juga menuntut tindakan memecat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy yang didakwa punca utama kebencian masyarakat India terhadap orang Melayu menerusi penularan video ucapannya sebelum ini.

Sebelum itu, empat suspek yang menyebabkan Adib parah dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, pada malam Selasa dua minggu lalu dibebaskan baru-baru ini.

Majistret Nurshahirah Abd. Salim membenarkan dua suspek itu dibebaskan dengan jamin bon mahkamah sebanyak RM2,000 manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan polis.

Kesemua mereka yang berusia antara 21 hingga 24 tahun sebelum ini telah direman selama empat hari bermula 7 Disember lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Tempoh reman itu sepatutnya berakhir hari ini.

Dalam kejadian itu, Muhammad Adib dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika dalam operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil.
– MalaysiaGazette