Home Ekonomi Harga minyak naik semula

Harga minyak naik semula

Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak Amerika Syarikat meningkat semula dalam dagangan hari ini selepas mengalami .kerugian lebih daripada 5 peratus daripada sesi sebelumnya susulan kebimbangan lebihan penawaran dan ekonomi global yang perlahan.

Minyak mentah Amerika Syarikat naik AS$0.37 sen atau 0.8 peratus kepada AS$46.24 setong oleh 0122 GMT, selepas merosot 7.3 peratus sehari sebelumnya apabila menyentuh paras terendah sejak Ogos tahun lepas kepada AS$45.79.

Penanda aras global Brent naik 0.85 peratus, atau AS$0.49 sen kepada AS$56.75 setong. Ia menurun 5.62 peratus pada hari Selasa, pada satu titik menandakan penurunan terendah selama 14 bulan AS$ 56.16 setong.

“Gabungan toksik kebimbangan lebihan bekalan dan tekanan pertumbuhan global menyebabkan harga minyak merosot ke akhir tahun sebagai momentum negatif,” kata Stephen Innes, Ketua Perdagangan untuk Asia Pasifik di OANDA.

Sementara itu, penganalisis berkata, pengurangan pengeluaran yang bakal dimulakan pada awal tahun depan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) setakat ini masih gagal merangsang pasaran. – MalaysiaGazette