KUALA LUMPUR – Pemuda Amanah Nasional akan mengadakan perbincangan dengan keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim bagi urusan badal haji.
Ketua Pemudanya, Mohd Sany Hamzan berkata, segala kos berkaitan akan ditanggung oleh Pemuda Amanah Nasional.
“Kita berdukacita dengan pemergian seorang wira negara, Muhammad Adib yang kembali ke rahmatullah pada jam 9.41 malam Isnin lalu.
“Dalam berkongsi kesedihan ini, Pemuda Amanah Nasional akan bertemu dengan keluarga Allahyarham Muhammad Adib untuk membincangkan urusan badal haji untuk Allahyarham, segala kos berkaitan akan ditanggung oleh kami,” katanya dalam kenyataan kepada media di sini, hari ini.
Mohd Sany turut mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat membantu Allahyarham keluarganya. – MalaysiaGazette