Home Politik Nurul Izzah belum serah surat perletakan jawatan pengerusi negeri – Saifuddin

Nurul Izzah belum serah surat perletakan jawatan pengerusi negeri – Saifuddin

Saifuddin Nasution Ismail
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua kiri) diiringi Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Jamil Salleh (kiri) menyempurnakan gimik perasmian pada Majlis Penyampaian Sijil FTM dan Penyerahan Kenderaan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 20 DISEMBER 2018.

PUTRAJAYA – PKR belum menerima secara hitam putih sebarang surat perletakan jawatan pengerusi PKR Negeri Pulau Pinang daripada Nurul Izzah Anwar.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, setakat hari ini beliau tidak dikemukakan sebarang surat rasmi daripada bekas Naib Presiden PKR itu.

Katanya, beliau telah berjumpa dengan Nurul Izzah sejurus selepas mengumumkan pelepasan segala jawatan yang disandang dalam parti dan kerajaan.

“Saya biasa ke sana (Pulau Pinang) yang mana ada 13 cabang PKR, dan sokongan kepada Nurul Izzah daripada Ketua Ketua Cabang di sana sangat kuat dan oleh kerana tidak ada banyak pilihan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus melantik beliau.

“Cuma apabila Nurul Izzah menarik diri sudah tentu kalau ubah keputusan itu lebih baik. kalau tak berlaku (ubah pendirian) maka saya percaya presiden akan meneliti semula kalau ada keperluan.

“Tapi buat masa sekarang, sedia maklum Izzah buat ketetapan untuk tidak menerimanya dan tidak bercadang ubah fikiran dan kalau ia berterusan sudah tentu presiden kena tengok balik begitu juga di Johor,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau yang merupakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hadir menyampaikan sijil tamat kursus latihan Food Truck Malaysia (FTM) kepada 16 peserta serta menyerahkan kenderaan Program Transformasi Peniaga di lobi kementerian beliau.

Ditanya angkah seterusnya yang akan diambil, Saifuddin berkata, sebelum melakukan perubahan atau pengumuman baharu, beliau percaya Anwar sebagai Presiden PKR akan menghubungi dan berbincang lagi dengan mereka.

“Saya berulang kali tanya Nurul Izzah sendiri dan dia mengaku sah perletakan jawtaannya di negeri itu.

“Surat belum diterima lagipun ia formaliti sahaja, yanb penting dia sudah meluahkan hasratnya tapi sehingga dua malam lepas saya berbincag dengan dia (Nurul Izzah) dia tak ada serahkan apa apa surat.

“Negeri-negeri lain setakat ini saya tidak mendengar wujud sebarang masalah dalam pelantikan pengerusi negeri kecuali komen dalam surat khabar dan media sosial, satu dua adalah tu,” katanya.

Ditanya mengenai pelantikan baharu menggantikan Nurul Izzah dan juga di Johor, beliau menjawab:” Empat hari lepas ketika bercakap dengan Anwar tidak pula dia bayangkan sebarang tempoh masa dalam hal ini tapi sudah tentu kepimpinan negeri perlu ada pengganti jika ada kekosongan”.- MalaysiaGazette