Home Nasional Galak belia semua kaum sertai Wataniah ganti PLKN

Galak belia semua kaum sertai Wataniah ganti PLKN

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu diiringi Laksamana Muda Datuk Sabri Zali (kiri) beramah mesra bersama pegawai-pegawai kanan ketika hadir pada Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertahanan sedang menyusun beberapa program holistik untuk menggalakkan belia semua kaum menyertai Rejimen Askar Wataniah.

Menterinya, Mohamad Sabu berkata, penyusunan program itu berikutan Program Latihan Khidmat Negara yang kini diubah nama dan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan.

“Kita memang apabila ketiadaan PLKN,  hendak menggalakkan rakyat menyertai tentera terutama Askar Wataniah.

“Kita sedang mengkaji semula dan menyusun semula program..akan buat beberapa pengumuman sebab hendak memastikan rakyat berbilang kaum menyertai Wataniah kalau boleh,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penutupan Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) Siri 38/2018 di Jalan Padang Tembak hari ini.

Mohamad turut ditanya mengenai penafian kementeriannya yang kononnya bersetuju menyerap kesemua 75 belia yang dilatih sebagai Askar Wataniah meskipun 60 daripadanya sudah tercicir kerana tidak memenuhi kelayakan.

MGF21122018_SABU SAMPAI DIPLOMA MPAT06
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu bergambar bersama para penerima diploma pada Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2018.

Dalam kenyataan semalam kementerian itu bagaimanapun menyatakan kesediaannya untuk mempetimbangkan semula nasib 60 belia India yang tercicir selepas gagal memenuhi syarat kelayakan AW itu.

Mengulas mengenai isu itu, beliau berkata, berlakunya sedikit salah faham dalam isu tersebut.

“Apa yang berlaku (AW) baru baru ini adalah salah faham dan kita akan melihat  dan bertindak segera.

“Biasanya tidak ada tempoh masa untuk mengkaji semula atau memproses pengambilan mereka itu..ia hanya memakan masa sekajap sahaja,” katanya tanpa enggan mengulas lebih lanjut.

Dalam majlis penyampaian diploma kursus tentera hari ini, beliau berkata, kursus itu memberikan komitmen kepada pegawai tentera berkenaan untuk bersiap sedia dan menambah kemahiran dan ilmu strategi ketenteraan dalam menghadapi ancaman siber dan sebagainya.

“Kursus ini juga mempersiapkan pegawainya saling bekerjasama dan berkongsi kepakaran serantau untuk menghadapi segala ancaman di masa akan datang dalam konteks keselamatan dunia.

“Untuk Malaysia hubungan dan kerjasama ketenteraan dan pertahanan bilateral dan multilateral sedia ada bukan sahaja akan diteruskan malah akan diperkasakan lagi mengikut keperluan semasa,” katanya.

MGF21122018_SABU SAMPAI DIPLOMA MPAT05
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu menyampaikan diploma kepada Komander Ahmad Sapuan Fathi Muhammad (kanan) sambil diperhatikan Laksamana Muda Datuk Sabri Zali (tengah) pada Majlis Penutup Kursus dan Penyampaian Diploma Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT), Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 21 DISEMBER 2018.

Komander Ahmad Sapuan Fathi Muhammad dari Tentera Laut DiRaja Malaysia diangkat sebagai peserta terbaik bagi kategori tempatan dengan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.96.

Bagi kategori antarabangsa, Leftenan Kolonel Sean Duffy Jonathan Galloway diangkat sebagai peserta terbaik dengan PNGK 4.00.

Manakala Komander Thaweesin Kongprasert diangkat sebagai peserta terbaik kategori Kertas Penyelidikan Terbaik  bertajuk Analyzing The US Asian Allie’s Responses to Power Shift: The Cases of Thailand and Philippines.

Dalam program berkenaan, seramai 45 peserta telah menjalani kursus yang kolaborasi UKM selama setahun.

Mengikut pecahan peserta Tentera Darat 19 orang, 8 pegawai TUDM dan TLDM, manakala selebihnya masing masing seorang wakil.

Program berkenaan mengandungi tiga semester dan sembilan kursus bermula 8 Januari hingga 31 Disember 2018.- MalaysiaGazette